Tujuan utama penubuhan Srikandi adalah untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang tekstil dan Jahitan di Malaysia, terutamanya kepada golongan belia dimana mereka dapat belajar menjahit secara formal dan dapat menggunakan kemahiran yang ada untuk menjana pendapatan bagi mendapatkan kehidupan yang selesa.
Dewasa kini semakin ramai yang terlibat dengan perniagaan Pakaian dan Tekstil namun demikian kebanyakkannya tidak berlatar belakangkan kemahiran dalam Bidang Jahitan maka bidang ini akhirnya dimonopoli oleh peniaga dari luar dan pengaliran wang keluar Malaysia juga menjadi tinggi.
Saya ingin memartabatkan dan mengubah persepsi masyarakat terhadap bidang kemahiran supaya ia tidak lagi menjadi pilihan kedua, sebaliknya ia perlu bergerak seiring dengan bidang akademi kerana ia juga harus menjanjikan kestabilan dalam kehidupan. Sekiranya seseorang menggunakan pengetahuan yang dipelajarinya sebaik mungkin, ia mampu memberikan pulangan yang jauh lebih lumayan berbanding bekerja makan gaji. Apa yang penting melalui kemahiran itu, pelajar bukan sahaja berperanan sebagai peniaga tetapi mereka juga boleh menghasilkan produk sendiri mengikut kreativiti masing-masing. Peluang untuk berjaya juga menjadi lebih luas. Keadaan sedemikian membuatkan saya terpanggil untuk membangunkan tenaga mahir dalam bidang jahitan yang benar-benar berkualiti dan dapat menampung permintaan pasaran yang semakin meningkat.
Kewujudan Srikandi akan membuka peluang kepada Pembangunan Usahawan Tekstil yang akan dididik dengan proses pembelajaran ilmu jahitan yang betul ditambah pula dengan pendedahan dalam Bidang Keusahawanan. Marilah kita jadikan semangat dan Kegigihan Srikandi terulung Saidatina Khadijah Bt Khuwaylid RA sebagai teladan dalam melakukan apa sahaja. Mudah-mudahan semangat kental wanita Bangsawan itu terus meresap dalam jiwa kita selama-lamanya.
Srikandi Skills College ditubuhkan pada
14 Jun 2014 di No 14 A, Jalan 7 / 1C,
Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi .
Kini Srikandi Skills College beroperasi sepenuhnya di Worldwide Business Centre, Shah Alam, Selangor.
Akademi ini menyediakan program yang ditauliahkan di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM), dengan menjalankan kursus Pembuatan Pakaian Wanita pada peringkat Sijil Kemahiran Malaysia bagi Tahap I, Tahap II dan Tahap III.
Pengunaan peralatan moden ditekankan dalam menghasilkan dan merekabentuk fesyen terkini. Pelatih akan didedahkan kepada teknologi terkini yang digunakan oleh industri moden. Akademi dengan kerjasama syarikat induk iaitu Siti Khadijah Apparel dalam menyediakan program-program jahitan yang sebenar bagi membantu pelatih dalam mengembangkan kerjaya masa depan mereka.
Menjadi peneraju Institusi Latihan Kemahiran dan Keusahawanan terunggul serta dipercayai dipersada dunia.